Buletin

Ifa Raziah Meriahkan Karnival Jualan Aidilfitri 2016

ifa-raziah-selfie

KLUANG : Kemeriahan sambutan Hari Raya semakin dirasai apabila pengunjung yang hadir turut menggamatkan suasana Karnival Jualan Aidilfitri 2016 yang diadakan di Kompleks Pekan Rabu, Kluang di sini.

Karnival yang berlangsung selama dua hari ini turut dimeriahkan oleh para artis jemputan khas iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal dan juga Roslan Shah.

Pelbagai acara menarik diadakan sepanjang karnival Aidilfitiri berlangsung seperti promosi produk keluaran bumiputera antaranya pakaian, busana muslimah, aksesori wanita, minyak wangi dan banyak lagi.

Menurut pihak pengurusan Kopleks Pekan Rabu, tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk mempromsi produk keluaran bumiputera selain memperkenalkan Kompleks Pekan Rabu kepada penduduk sekitar daerah Kluang.

roslan-ifa-fazli

About Kluang Today

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.