Info

EDC Johor Anjur Hari Bertemu Pelanggan di Kompleks Pekan Rabu Kluang

bertemu-pelanggan-edc
Berita baik kepada usahawan yang sedang mencari dana perniagaan, Perbadanan Usahawan Johor (EDC Of Johor) akan menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan  bagi Edisi Pembiayaan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan arah tuju kepada usahawan bagaimana untuk mendapatkan bantuan pembiayaan daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Sekiranya berminat, sila hadirkan diri di Kompleks Pekan Rabu, Kluang pada hari Sabtu bersamaan 27 Ogos 2016 di Ruang Legar Aras Bawah.

Program akan berlansung pada pukul 2.00 hingga 5.00 petang dan anda dinasihatkan supaya datang awal bagi tujuan pendaftaran.

About Kluang Today

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.