Info

Nak Tahu Aktiviti Menarik di Pekan Rabu Kluang Sepanjang Ramadan Ini?

pekan-rabu-ramadan

Sempena umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, pihak pengurusan Kompleks Pekan Rabu Kluang ingin mengambil kesempatan untuk mengadakan beberapa aktiviti menarik dan bermanfaat buat warga Kluang yang akan berkunjung ke sini.

Untuk makluman, aktiviti-aktiviti yang akan diadakan ini pula terbahagi kepada dua (2) slot iaitu harian dan mingguan seperti yang dinyatakan di bawah.

Kami harap dengan adanya kalender aktiviti ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu mempermudah perancangan masa anda semua. Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda sekeluarga.

AKTIVITI HARIAN

a) Pameran dan Jualan Produk/ Perkhidmatan.
b) Kaunter Pembayaran Zakat.

AKTIVITI MINGGUAN

Setiap Jumaat;
a) Solat Tarawih Mingguan dan Ceramah.
b) Acara Lelongan (Harga Runtuh).
c) Pengagihan Bubur Lambok

Setiap Sabtu;
a) Acara Lelongan (Harga Runtuh).
b) Cabutan Bertuah Mingguan kepada Pengunjung.
c) Cabutan Bertuah Utama akan diadakan pada hari Sabtu terakhir menjelang Hari Raya.

Kepada pengunjung yang berbelanja melebihi RM 300.00 ke atas, anda berpeluang untuk menyertai program cabutan bertuah. Pihak penganjur akan mengeluarkan resit cabutan kepada pengunjung yang layak.

About Kluang Today

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.