Buletin

Program Kembara Kembali Ke Sekolah 2017

jais-sarday-kembali-sekolah2

Semalam (16 Dis), bertempat di Kompleks Pekan Rabu Kluang telah berlangsung Program Kembara Kembali ke Sekolah 2017.

Program yang terbahagi kepada dua sesi iaitu pagi dan petang telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, YB Datuk Md Jais Sarday merangkap ADUN Mahkota, Kluang.

Kami difahamkan, objektif utama program ini bertujuan mengurangkan beban golongan memerlukan dalam membuat persediaan untuk membolehkan anak-anak mereka meneruskan sesi persekolahan 2017 dengan kelengkapan persekolahan yang mencukupi.

Menurut pihak penganjur, program kembali ke sekolah ini merupakan sebahagian program kemasyarakatan yang diadakan pada setiap tahun bagi membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan.

Oleh itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur khasnya Umno Bahagian Kluang dengan kerjasama Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), JPMM Dun Mahkota dan Pejabat Pendidikan Daerah Kluang kerana telah memilih Kompleks Pekan Rabu sebagai venue acara Program Kembara Kembali Ke Sekolah 2017. 

About Kluang Today

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.