Info

Potongan 50 Peratus Selama 6 Bulan Untuk Sewa Premis di Kompleks Pekan Rabu Kluang

pekan-rabu-diskaun-50-peratus

Prihatin terhadap bebanan dan kesukaran yang dialami peniaga serta usahawan (Bumiputra) tempatan mencari premis perniagaan ekoran dari kadar sewa yang agak tinggi di kawasan tumpuan terutamanya di bandar-bandar, maka dengan itu kami ada berita gembira buat anda semua.

Sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa Perbadanan Ushawan Johor (EDC) telah bersetuju untuk memberi Diskaun (potongan) sebanyak Lima Puluh Peratus (50%) bagi ENAM BULAN PERTAMA untuk bayaran sewa premis di Kompleks Pekan Rabu, Kluang.

Diskaun diberi bergantung kepada keluasan tapak premis yang terdapat di kompleks ini. Selain bakal penyewa baru, potongan turut dapat dinikmati penyewa sedia ada yang telah  menjalankan perniagaan di sini.

Oleh itu, kami ingin mempelawa anda untuk merebut peluang ini. Kami berharap dengan tawaran diskaun yang diberikan dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung serta dapat menarik lebih ramai usahawan tempatan menjalankan aktiviti perniagaan di Kompleks Pekan Rabu Kluang.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, anda boleh berkunjung ke pejabat urusan kami di Kompleks Pekan Rabu, Kluang atau hubungi talian 011-1646250 atau email kepada pekanrabukluang@gmail.com.

About Kluang Today

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.